Monday, December 10, 2007

Bahasa dalam silang budaya

الســـــــــــــــــلام عليــــــــــــــــكم

Beberapa hari lepas, saya membelek-belek beberapa artikel yang pernah ditulis. Agak banyak juga. Semuanya berkaitan langsung dengan bahasa Arab. Saya fikir saya agak konsisten dalam bidang yang diminati. Namun, sekali sekala saya agak meleret ke bahagian lain. Sekadar melepaskan ketegangan berfikir.

Artikel yang saya fikirkan menarik dan agak umum ialah berkenaan bahasa dan budaya. Ia pernah dibentangkan dalam seminar antarabangsa di UKM. Ia juga adalah artikel terawal semasa saya mula berjinak-jinak dengan penulisan. Masa itu, bukan main gembira lagi bila artikel ini diterima untuk pembentangan. Kenapa?. Ada seorang dua kawan yang menghantar artikel tetapi tidak diterima. Saya tidak begitu ingat berapa lama ia disiapkan. Mungkin 1 bulan lebih.

Sekarang saya berkira-kira untuk melihat semula artikel ini dan menambahbaiki mana-mana bahagian. Kali kedua dan ketiga membacanya, saya rasa ia agak kaku dan tiada flow. Mungkin pemerhatian saya semakin tajam dan kritis atau perspektif baru membentuk pendirian yang berlainan.

Berikan saya masa untuk menilai semula.

No comments: