Tuesday, November 13, 2007

Buku Belajar Menulis dalam bahasa Arab

الســـــــــــــــــــــلام عليـــــــــــــكم

Buku belajar menulis bahasa Arab. Kulit depan buku yang bakal diterbitkan tidak lama lagi[ lihat imej sebelah kanan anda ]. Saya telah mula menulis buku ini semenjak 2004 lagi. Setahun draf buku ini tersimpan dalam fail komputer. Pada mulanya saya bercadang untuk dicetak oleh UPENA. Namun, 2 draf buku yang dihantar sebelumnya belum nampak lagi tanda-tanda akan diterbitkan dalam masa terdekat. Meskipun penerbit sudah menghantar surat menyatakan draf tersebut telah diterima dan dalam proses suntingan.

Oleh itu pertemuan dengan teman lama, semasa belajar di Kota Amman, Jordan memberi cahaya baru agar buku ini diterbitkan oleh penerbit luar. Mengapa?. Sebabnya saya belum pun melahirkan sebuah buku yang lengkap. Jika bab dalam buku, sudah ada. Maka saranan untuk menerbitkan buku ini saya serahkan kepada beliau mencari penerbit. Beliau sendiri tinggal di Kuala Lumpur, jadi agak mudah untuk beliau meninjau dan menyelidik penerbit yang sesuai untuk buku ini.

Kali kedua semasa saya ke Kula lumpur untuk urusan peribadi [ meninjau bahan rujukan untuk tesis Phd ], saya membawa sekali draf buku ini. Kami bertemu di kafe berhampiran perpustakaan UM. Itu pun selepas sejam lebih menunggu. Beliau menghadiri kelas pengajian sarjana. Selepas beberapa ketika berbincang, saya menyerahkan hardcopy draf buku ini kepada beliau. Saya meyakini kebijaksanaan beliau dalam mencari penerbit. Akhirnya, sebulan selepas pertemuan itu, penerbit menghubungi saya. Mereka bersetuju untuk mencetak buku ini.

Saya teruja kerana buku ini akan diterbitkan tidak lama lagi. Semoga Allah memberkati usaha saya ini.

No comments: