الـــــــــــــــــــسلام عليــــــــــــــــــــكم
Masih dalam faktor rohani. Semasa melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda, saya sempat mengenali beberapa individu yang sanggup bersusah payah menyambung pelajaran. Mereka mempelajari bahasa Arab dari sifar. Mengapa ? Mereka mahu mempelajari sesuatu yang bermakna kepada rohani mereka. Kebanyakan mereka sudah berusia. Namun semangat dan kegigihan mereka menghantar mereka sampai ke Jordan, Syiria dan Mesir.
Saya dapati mereka akhirnya berjaya lebih cemerlang daripada pelajar-pelajar yang sudah mempunyai asas bahasa Arab yang kuat di peringkat sekolah lagi. Ini tidak menghairankan langsung. Mereka benar-benar berminat dan bermotivasi. Tidak memadai kalau mahu menguasai bahasa Arab sekadar menghadiri kuliah. Di luar sana, persekitaran dan masyarakat sekeliling boleh dijadikan bahan latihan untuk mempercepatkan proses penguasaan bahasa Arab.
Pendek kata, mereka yang mempunyai ketinggian cita-cita untuk mengisi rohani mereka, berusaha ke arah itu. Ini bukanlah sesuatu yang baru. Malah sudah banyak mereka yang berjaya kerana cita-cita dan azam yang kuat. Malah usia, bukanlah sesuatu alasan yang sesuai untuk berhelah dan menyembunyikan kelemahan diri.
Oleh itu, mengenalpasti kehendak rohani kita, mengukur tahapnya dalam skala tertentu boleh membantu motivasi kita. Sesiapa pun boleh mencipta alasan, dan siapa sahaja boleh membina harapan, termasuklah kita sendiri.
No comments:
Post a Comment