"Belajar kerana ingin memahami al-Qur`an"
" Mahu memperbaiki bacaan dalam bahasa Arab untuk solat dan doa"
"Saya dengar ini bahasa syurga"
Semua ucapan ini seolah-seolah sudah sebati dengan pelajar yang mengambil bahasa Arab. Jawapan ini semuanya boleh diterima. Malah saya juga bersetuju dengan mereka. Lalu saya simpulkan, mereka mencari keperluan rohani. Rohani atau elemen-elemen spiritual yang terdapat dalam bahasa Arab sebagai sebuah bahasa. Seterusnya, melalui denai bahasa Arab jugalah mereka dapat mengecapi kemanisan rohani yang setinggi mungkin. Mengapa tidak ? Ajaran Islam yang suci ini sumbernya yang asli dalam bahasa Arab. Paling tidak, penghayatan doa-doa dalam bahasa Arab adalah lebih bermakna kerana ianya diwarisi daripada para anbiya`. Semuanya direkodkan dalam bahasa Arab.
Terjemahan?
Terjemahan boleh. Tetapi lebih baik yang asli. Sebabnya kita mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa Arab mengikut kadar kita. Diiringi dengan minat dan usaha. Dalam kes solat, tiada kelonggaran menggunakan bahasa selain bahasa Arab. Jika benar kita mencari rohani, tiada alasan mengapa tiada motivasi belajar bahasa Arab.
Oleh sebab itu, menatap setiap wajah yang mempelajari bahasa Arab memberi keinsafan kepada saya. Mengapa ???. Saya bimbang jika mereka yang mencari rohani tidak mendapat apa yang mereka sasarkan.
Saya katakan kepada mereka: "Usah gusar, bergurulah sebanyak mungkin, sesungguhnya guru yang sebenar ialah jiwa anda dan kesungguhan anda".

No comments:
Post a Comment