Monday, April 4, 2011

2004-2011

Perubahan kitaran hidup amat cepat berlaku. Sudah tujuh tahun aku menjadi penjawat awam. Bulan ini, kontrak perjanjian aku dengan majikan sekarang akan berakhir. Ertinya aku tidak lagi diikat dengan kontrak.

Dalam erti kata yang mudah, aku boleh untuk berpindah ke tempat baru jika tawarannya lebih menarik. Atau untuk meneroka cabaran baru. Yang memberi lebih kepuasan dan kesan kepada diri dan masyarakat.

Namun setakat hari ini, hidup dalam alam akademik banyak memberi aku kepuasan. Biarlah sumbangan kecil yang aku berikan menjadi landasan untuk aku terus ke hadapan.

No comments: