الـســـــــــــــــــــــــلام عليكم
Betapa lama rasanya tidak melakarkan pena di laman ini. Sedar atau tidak, sudah satu bulan berlalu semenjak semester bermula. Aku kira hingga saat tulisan ini dilahirkan, kelas yang di bawah penyeliaan aku sudah stabil secara lahirnya. Moga-moga selepas cuti satu minggu depan akan memberi aku lebih kekuatan untuk memantapkan lagi kelas-kelas di bawah bimbingan aku.
Aku amat bersyukur kerana tahun baru Islam ini, termasuk Masehi 2010 ini, aku mendapat nikmat yang tak terhitung. Allah Maha Kaya!. Yang fakirnya aku, yakni aku amat berharap dan memerlukan bantuan dan rahmatNya!.
Pertama, aku sudah selesai daripada pengajian aku di peringkat Doktor Falsafah (Linguistik Gunaan). Bidang yang mungkin ditakdirkan Allah aku berada di dalamnya sebagai permulaan. Namun, aku merakan amat jahil dalam bidang ini sementara banyak lagi ilmu yang aku perlu timba dan gali untuk membentuk dirinya supaya lebih hampir kepadaNya...
Keduanya, artikel akademik yang diusahakan bersama rakan seperjuangan, sudah diterbitkan di Jurnal Antarabangsa. Alhamdulillah!. Dan ada dua lagi yang menanti waktu untuk diterbitkan. Pada Jun ini, InsyaAllah. Yang paling mengujakan salah satunya dalam jurnal yang berindeks Skopus. Alhamdulillah. Moga-moga rezeki aku semakin mudah dalam bidang ini...
Ketiganya, semangat aku untuk aktif semula dalam seminar sudah berputik kembali. Atas dorongan dan aura teman sebilik, aku mula mencari bahan untuk memulakan satu-dua kertas kerja. Satunya di Sabah sudah pun diterima abstraksnya, Syukur kepadaMu Allah...tinggal lagi dua kertas kerja yang akan kusempurnakan dengan izinNya nanti.
Keempat, aku telah mendapat waktu yang memadai untuk keluargaku. Mungkin waktu yang berharga ini akan ditingkatkan lagi sekiranya rezeki kenderaan baru dapat dirasai pada tahun ini. Aku mohon Allah permudahkan....

No comments:
Post a Comment