
السلام عليكم
Akhirnya, aku kembali berguru dengan tok syeikh Arab lagi. Biasalah. Sudah menjadi minat dan kerja aku untuk terlibat dengan benda-benda yang bunyinya Arab.
Program hampir satu minggu dengan tok-tok Arab menyeronokkan. Macam waktu kat sekolah pulak rasanya. Cuma tinggal di bilik berhawa dingin saja bezanya. Seronok juga dengar ceramah dan celoteh mereka. Maklumlah, tahap kefahaman aku pada bahasa Arab sudah hampir 97 %. Bukan macam semasa kat sekolah dulu. 50 % pun mujur kalau dapat faham.
Namun, aku respek dengan ilmu yang mereka ada. Bagaimana teknik dan pendekatan yang perlu digunakan untuk mengajar bahasa Arab kepada bukan Arab. Kalau selama ini aku dapat tahu dalam buku saja. Tapi dengan mereka, contoh dan caranya ditunjukkan sekali. Memang best.
Acara ini harus ada pada setahun sekali. Atau dua tahun sekali. Baru kami sebagai pengajar bahasa Arab dapat cas baru. Masa kat kursus ni, jumpa pulak kawan satu universiti. Kuranglah boringnya....
Gambar kat atas bersama syeikh al-Fauzan
No comments:
Post a Comment