Assalamualaikum
Betapa masa berlalu, kini tempoh percutian semester sudah hampir ke penghujungnya. Namun kerja-kerja "kegemaran" aku masih lagi berbaki. Seakan-akan tidak sudah-sudah. Syukur Kepada Allah kerana beberapa misi yang direncanakan sudah berjaya dilaksana.
Dalam pengamatan aku, semester yang mendatang ini lebih mencabar. Atau lebih membuka peluang. Aku belum pasti lagi. Tetapi aku optimis (متفاؤل) bahawa peluang untuk menumpukan kepada kegemaran ku akan meningkat sekitar 25% lagi...Mudah-mudahan dipermudahkan.
Nampaknya, aku kena merangka strategi dan bertindak awal. Dibimbangi akan datang mencurah-curah tugasan-tugasan di luar jangka. Sekian lama, aku berada dalam suasana yang selesa, aman dan permai, kini masa untuk berubah sudah menampakan garis sinarnya. Aku perlu berubah....kerana aku tidak mahu rebah.
No comments:
Post a Comment