Saturday, March 29, 2008

Akhirnya....

الـــسلام عليكم

Akhirnya lahirlah cahaya mata pertama. Sebuah buku yang lama dinanti-nanti. Jangkaan awal tahun ini ternyata meleset. Namun pada pertengahan mac ini, akhirnya ia hadir juga.
Harga buku ini hanya RM11.90. Ramai teman-teman yang bertanya. Ada yang mahu membelinya segera. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah.
Saya gembira. Inilah buku pertama saya. Saya telah buktikan bahawa saya boleh berubah. Sejak sekolah hingga peringkat ijazah pertama, saya tidak berminat menulis. Jika ada subjek yang mestikan tugasan, saya akan mengelak. Saya berjaya. Saya meraih ijazah pertama saya.
Namun di peringkat sarjana saya berubah. Saya dimestikan menulis disertasi. Akhirnya saya menulis jua. Banyak tugasan di"fardu"kan. Saya gagahinya jua. Nasib baik ketika itu saya hidup dalam lingkungan buku. Saya melihat dan membelek buku setiap hari. Terima kasih kepada Darul Syakir yang membantu saya. Teman-teman di sana.
Hari ini saya telah menulis. Berjaya menghasilkan sebuah buku. Moga-moga ia menjadi amal jariah saya, ibubapa, guru-guru dan keluarga saya.
Saya masih menanti stok untuk saya jualkan kepada teman-teman di sini. Untuk diri, anak-anak atau kerabat.

2 comments:

Metamorfosa Diriku said...

tahniah ustaz..

Damantim said...

Terima kasih. Manusia akan berubah. Dan bersedialah untuk berubah...