Persidangan Pengajaran Bahasa Arab kepada Penutur selain Bahasa Arab
المؤتـمر الأول في تـعليـم اللغة العربية للناطقين بغيرها 2008
Azman Che Mat
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Terengganu
Seminar ini merupakan yang kali pertama dianjurkan oleh Universiti Jordan di Amman Jordan. Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk mengumpulkan setiap ahli akademik, pencinta bahasa Arab dan pihak yang mempunyai kepentingan dengan bahasa Arab. Sebanyak 50 peserta dari seluruh dunia yang hadir dan menyampaikan kertas kerja masing-masing dalam seminar ini. Selain itu, pelajar-pelajar pusat bahasa, peringkat ijazah, sarjana dan kedoktoran turut hadir untuk berkongsi maklumat dan pengalaman.
Topik –topik yang dibincangkan dalam seminar ini meliputi perkara-perkara berikut iaitu:
1- Permasalahan dalam pengajaran bahasa Arab di Negara bukan Arab,
2- Masalah linguistik dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab,
3- Pengaruh sosial dalam pembentukan modul bahasa Arab yang berkualiti,
4- Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab,
5- Sekitar silibus bahasa Arab kepada di universiti-universiti di Jordan.
Berdasarkan permasalahan pengajaran bahasa Arab di negara bukan Arab, peserta seminar mencadangkan agar setiap pelajar yang mempelajari bahasa Arab agar mencari peluang atau diberi peluang untuk berada di mana-mana negara Arab dalam tempoh tertentu. Ini bertujuan untuk mendedahkan kepada persekitaran sebenar bahasa Arab yang digunakan. Selain itu, ada peserta seminar yang berhujah bahawa, seakan mustahil bagi seseorang itu untuk bertutur dengan fasih bahasa Arab jika tidak pernah menjejakkan kaki ke negara Arab.
Masalah linguistik, khususnya ilmu nahu seakan sinonim dengan bahasa Arab. Nahu bahasa Arab dilihat sebagai salah satu halangan yang besar dalam penguasaan bahasa Arab. Malah kerana rumus-rumus nahu inilah maka bahasa Arab dianggap sukar. Dalam seminar ini, terdapat peserta dengan lantang menyatakan bahawa tidak perlu lagi rumus-rumus nahu ini jika struktur sesuatu ayat itu sudah difahami dalam komunikasi. Malah perkara yang perlu ditekankan ialah kemahuan berkomunikasi. Manakala peserta yang lain pula mencadangkan agar dilaksanakan Nahu Fungsian. Iaitu suatu pendekatan yang bertujuan memudahkan pembelajaran bahasa Arab berdasarkan nahu yang digunakan secara kerap sahaja. Manakala rumus-rumus nahu yang jarang digunakan tidak perlu didedahkan kepada pelajar asing. Oleh itu, pengajaran bahasa Arab masih perlu kepada rumus-rumus nahunya kerana ia bukan sahaja memelihara makna malah keindahan rima bahasa Arab dalam pertuturan mahupun penulisan.
Pengaruh sosial dalam pembelajaran bahasa Arab ialah konflik di antara bahasa standard dengan bahasa basahan. Dalam hal ini terdapat dua perkara yang berbangkit. Pertama dalam soal penyediaan modul, mana satu bahasa yang perlu dipilih. Jika melihat kepada realiti, bahasa basahan diperlukan dalam hubungan dengan penutur di peringkat bawah. Malah penggunaan bahasa basahan yang meluas di negara-negara Arab menyebabkan sebilangan pelajar merasakan belajar bahasa Arab standard tidak membantu mereka. Perkara kedua ialah kewujudan bahasa khusus di kalangan remaja. Apakah perlu bahasa ini diajarkan kepada pelajar bahasa Arab atau sebaliknya. Kedua-dua permasalahan ini dijawab dengan satu nada iaitu: bahasa Arab standard mesti menjadi pilihan. Sebab utama mengapa bahasa basahan tidak digalakan kerana ia adalah berdasarkan bahasa standard. Jika bahasa Arab standard dapat dikuasai, maka bahasa Arab basahan bukan lagi masalah yang besar. Apa yang diperlukan ialah pendedahan dan pergaulan dengan orang Arab sahaja. Namun begitu, tujuan pembelajaran bahasa Arab juga boleh menentukan mana satu bahasa yang diperlukan untuk tujuan tertentu. Bagi masalah kedua, bahasa golongan remaja ini merupakan fenomena biasa. Ia juga akan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran semasa. Oleh itu, tidak perlu memberikan tumpuan yang berlebihan kepadanya. Cukuplah sekadar mengenalpasti ciri-ciri bahasa tersebut dan membuat huraian tentangnya sebagai salah satu pengaruh sosial.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa Arab memang tidak dapat diabaikan. Dalam persidangan ini, seorang peserta telah membuat kajian mengenai laman web yang menyediakan kemudahan pembelajaran bahasa Arab secara percuma. Persoalan yang timbul ialah bagaimana untuk menggunakan kemudahan ini sesuai dengan silibus pengajaran yang ditawarkan. Dalam kebanyakan laman web ini, ia lebih kepada bahan tambahan untuk pembelajaran kendiri. Oleh itu, pelajar perlu dimaklumkan dengan kewujudan laman ini serta menggalakkan mereka merujuk dan membuat semakan sendiri selepas menghadiri kelas bahasa Arab.
Perkara terakhir ialah mengenai silibus dalam modul-modul yang ditawarkan di universiti di negara Jordan. Kebanyakan buku-buku teks diambil daripada Arab Saudi atau ditulis sendiri oleh pensyarah di universiti itu sendiri. Sebagai contoh, universiti Jordan menggunakan buku [ نون و القلم ] . Perbezaan silibus ini memberi ruang kepada pelajar untuk membuat pemilihan mereka mempelajari bahasa Arab di institusi-insitusi terbabit. Mengenai penyediaan buku teks ini, seorang professor dari Baljika menulis buku pengajaran bahasa Arab yang digunakan di universiti beliau. Apa yang istimewa tentang buku ini ialah ia ditulis berdasarkan kajian beliau terhadap kepelbagaian stail dan penggunaan bahasa Arab berdasarkan negara-negara Arab. Buku ini ditulis berpandukan kepada pola-pola kata dan stail yang paling banyak persamaannya di kalangan negara-negara Arab yang menjadi subjek kajian beliau.
Sesungguhnya, persidangan sebegini memberi suatu perkongsian untuk membentuk halatuju pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab secara lebih konsisten dan bersepadu. Selain itu, para peserta dapat menerapkan semangat yang lebih tinggi terhadap tanggungjawab mereka dalam memartabat dan memasyarakatkan bahasa Arab di negara masing-masing.

No comments:
Post a Comment