Saturday, August 11, 2012

Semakin dekat


Asalamualaikum

Baki ramadhan tahun ini semakin menyusut. Peluang untuk mendapatkan pahala amalan bulan berkat ini juga semakin sedikit.  Tinggal beberapa hari lagi, berakhirlah Ramadhan. Aidilfitri pula akan menyusul.Apabila sahaja Ramadhan ini berlalu, maka berkurang jugalah usia kita. Giliran kita mengadap Ilahi juga semakin mendekat....sebelum ini kita hanya sempat mendengar dan menziarahi saudara kita yang sudah sampai gilirannya....entah giliran kita nanti sebelum Ramadhan akan datang atau bila?Moga-moga Ramadhan kali ini memberi pembaharuan dalam daya amalan kita. Marilah sama-sama terus beramal....
Salam.

No comments: