الســـــــــــــــــــــلام عليكم
Seminggu dua yang lalu aku begitu sibuk dengan mengawasi dewan peperiksaan dan menanda kertas soalan pelajar. Satu rutin yang sudah aku lalui selama lima tahun di Dungun ini. Pada masa yang sama aku juga sedang menyiapkan satu kertas kerja yang berkaitan dengan seni khat.
Pada mulanya aku merancang untuk menulis mengenai khat berdasarkan data-data sekunder sahaja. Namun malangnya tidak banyak tulisan atau kajian yang berkaitannya dalam simpanan peribadi aku. Tajuk berkenaan seni khat ini pernah aku tulis suatu ketika dulu. Namun datanya sudah dikira lama dan tidak sesuai lagi. lagipun aku memerlukan sesuatu penemuan yang baru dalam setiap kajian atau penulisan yang aku usahakan.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk mendapatkan data primier melalui kaedah kualitatif, iaitu temubual dengan responden kajian. Setelah membuat sedikit penyelidikan mengenai kaedah kualitatif ini-untuk mendapat garis panduan yang jelas dan tepat- aku memutuskan untuk mendapatkan tiga orang responden yang layak bercakap dan memberi pandangan mengenai seni ini.
Aku harap kertas kerja aku ini dapat disiapkan, dan boleh dibentangkan di Persidangan Seni Kebangsaan di Sabah pada Julai 2009 nanti (http://www.ums.edu.my/conferences/index.php?mod=Publication&action=homeaccess&conf=PSK09). Apa yang menarik semasa kajian ini dijalankan ialah aku menemui beberapa blog penulis khat yang bagus untuk aku jadikan rujukan (lihat di sebelah). Malah mungkin pada suatu hari nanti aku berpeluang untuk mengkaji blog-blog yang berkaitan dengan penulis khat dan seterusnya dapat membina jaringan bersama mereka.
"SEMOGA SENI KHAT AKAN TERUS DIPERJUANGKAN DAN DISUBURKAN DI BUMI MALAYSIA INI"
Wassalam
1 comment:
askum, azman che mat ka ni? tahniah dah jadi pensyarah demo.
Post a Comment