Saturday, October 11, 2008

Terakhir

السلام عليكم

Kali ini, sekali lagi aku menjadi penasihat untuk aktiviti pelajar bahasa Arab. Ya, ianya suatu aktiviti yang berguna untuk memberi peluang kepada pelajar menggunakan bahasa Arab di luar kelas. Dan, acara yang dicadangkan kali ialah nyanyian, bacaan berirama dan pameran. Persembahan pelajar ini memang menarik kerana kreaviti yang mereka pamerkan. Aku tahu, ramai pelajar yang berbakat dalam seni persembahan. Inilah antara ciri keistimewaan pelajar di sini.

Kali ini adalah kali terakhir aku bertindak selaku penasihat. Sudah memadai aku menguruskannya selama empat semester. Banyak juga yang aku sempat pelajari daripada pengurusan program sebegini. Terima kasih tidak terhingga kepada teman-teman pensyarah yang memberi sokongan dan bantuan. Mungkin jika ada kesempatan lain, aku perlu kembali sebagai penasihat.

Terakhir, kepada pelajar-pelajar yang begitu bertungkus lumus menjayakan program ini, syabas dan tahniah kerana kejayaan yang kalian capai. Teruskan mengasah bakat bakat kalian dalam pengurusan dan penganjuran program. Semoga ia menjadi sebuah pengalaman yang membantu.

No comments: