الـــــــــــــــــــــــــسلام علــــــــــــــــــــيكم
Seperti yang dibincangkan dalam artikel lepas, mawduk bahasa Arab sebagai sebuah bahasa yang saintifik sudah diperjelaskan. Ianya dari aspek struktur kata. Benar, struktur kata bahasa Arab boleh dibentuk mengikut rumus tertentu untuk menyampaikan makna yang berbeza tetapi asasnya adalah berkaitan.
Mari kita melihat kata ini. درس ( belajar ) kata ini boleh dibentuk dalam beberapa pola seperti berikut:
1. دَارِس Pengkaji
2. دراسة kajian
3. مدرسة sekolah
4. درسُ Pelajaran
5. تدارس tadarus ( kesalingan membaca )
Cuba kita perhatikan setiap pola kata ini mengekalkan kata akarnya. Sebaliknya dalam bahasa Melayu setiap katanya berasal dari akar yang berlainan. Nah di sini dapat diperhatikan kesatuan makna dalam kata-kata bahasa Arab yang dibentuk itu. Mari kita huraikan satu persatu.
Pengkaji ( دارس ) dalam bahasa Arab mengandugi makna belajar. Maksud ini dibawa oleh kata akarnya, sedangkan dalam bahasa Melayu pengkaji ialah orang yang hanya menyelidik fenomena sesuatu. Tiada petunjuk bahawa dia mesti belajar dari kajiannya. Tetapi dalam bahasa Arab, bila digunakan istilah ini, pengkaji secara amalinya mesti dimaklumi bahawa ia juga sedang belajar untuk memahami.
Kajian ( دراسة ) membawa maksud sebuah usaha yang dilakukan untuk mengkaji. Mana-mana usaha penyelidikan dinamakan kajian. Dalam konteks bahasa Arab pula, makna belajar tetap wujud dalam perkataan ini. Buktinya kata akar tidak digugurkan. Maka makna kajian dalam bahasa Arab menjelaskan maksud belajar dari kajian itu adalah mesti. Malah untuk belajar pun mesti dengan mengkaji. Bukannya menerima sesuatu itu dengan sewenang-wenangnya.
Saya fikir cukup dengan dua huraian ini sahaja. Mudah-mudahan kita mendapat ilmu dan gambaran keistimewaan bahasa Arab ini sedikit sebanyak.
Sekian, Wassalam
No comments:
Post a Comment