Assalamualaikum,
Blog ini aku khususkan untuk menyampaikan sesuatu yang sedikit sekali aku ada.
Sedaya upaya akan kusampaikan kuliah mengenai bahasa Arab bagi sesiapa yang benar-benar berminat mempelajarinya. Terutama pelajar-pelajarku.
Namun aku tidak berjanji bahawa kalian akan benar-benar menguasainya. Kerana itu terpulang kepada daya usaha anda sendiri setelah mendapat rahmat dari Allah. Akan ku cuba menerangkan perihal-perihal berhubung dengan pembelajaran bahasa Arab. Malah tidak mengapa jika pengalaman dikongsi bersama.
Moga-moga aku dan kalian mendapat manfaat.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment